Sunday 15 September 2013

contoh soalan hubungan etnik

            PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

1.      Siapakah pengasas parti politik UMNO (United Malayan  National Organization)(C1)
A   Dato Onn Bin Jaafar
B   Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
C   Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
D   Tun Hussein Onn
2.      Berapakah jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti PERIKATAN dalam pilihanraya Persekutuan 1955 ? (C1)
A   50
B   51
C   52
D   53
3.      Berikut merupakan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union yang ditubuhkan oleh British KECUALI(C2)
A   Pesuruhjaya Residen akan mengetuai pentadbiran di Negeri-negeri Melayu
B   Sultan berkuasa mutlak dalam hal ehwal agama Islam
C   British akan berbincang dengan Raja-raja Melayu untuk membuat sesuatu keputusan
dalam Perlembagaan Malayan Union
D   Kewarganegaraan diberikan kepada semua kaum melalui prinsip Jos Soli

4.      Bilakan tarikh UMNO (United Malayan  National Organization)(C1)
A   12 Mei 1946
B   11 Mei 1948
C   16 Mei 1948
D   16 Mei 1946
5.      Siapakah pegawai British yang memaksa Raja-raja Melayu menandatangani persetujuan menerima Perlembagaan Malayan Union?(C1)
A    Sir Harold Mac Micheal
B    Sir Frank Swettenham
C   Sir Edward Gent
D    Sir Henry Gurney

            ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN

“Agama Islam ialah Agama bagi Persekutuan; tetapi Agama-gama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan”

 




6.      Pernyataan di atas merupakan keistimewaan Agama Islam sebagai agama rasmi negara. Peruntukan hak istimewa ini terkandung dalam perkara(C2)
A    2 (1)
B    3 (1)
C   4 (1)
D    5 (1)

7.      Apakah yang dimaksudkan dengan Chauvanisme?(C1)
A   Melampaui batas keseimbangan apabila mentafsir atau melaksanakan sesuatu peraturan
B   Melaksanakan sesuatu pendekatan sendiri tanpa memperduli pendapat orang lain /  
      membabi buta.
C   Menganggap cara kumpulan / etnik adalah terbaik, fikiran orang lain mesti ditolak dan
      ditentang.

D   Bersopan santun / berbudi bahasa dalam berdialog.

8.      Berikut merupakan prinsip utama dalam Islam Hadhari KECUALI(C2)
A   Keimanan & Ketakwaan kepada Allah
B   Kerajaan Adil dan Beramanah.
C   Kekuatan Pertahanandan perpaduan
D   Mengamalkan integriti dan nilai murni

9.      Siapakah pemimpin yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep Islam Hadhari?(C1)
A   Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi
B   Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
C   Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak
D   Datuk Seri Jamil Khir B. Johari

10.  Agama Hindu mempunyai empat kitab utama. Berikut ialah nama kitab-kitab tersebut KECUALI(C2)

A         Rig Veda
B         Yajur Veda
C         Sami Veda
D         Atharta Veda
































PERANANAN KERAJAAN DAN  MASYARAKAT

11.  Proses pemantapan hubungan etnik dalam kalangan rakyat, umumnya adalah bersifat top-down. Berikut merupakan  usaha kerajaan untuk memantapkan hubungan etnik melalui kaedah top-down KECUALI(C1)

A         Sekolah Bestari
B         Sekolah Wawasan
C         Pelan Intergrasi Nasional
D         Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara


12.  Apakah tujuan utama penubuhan Dasar Ekonomi Baru?(C2)

I           Membasmi kemiskinan
II         Memperkasakan masyarakat
III        Meningkatkan ekonomi bumiputera
IV        Menyusun semula masyarakat

A         I dan II
B         II dan III
C         III dan IV
D         I dan IV

13.  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah salah satu pendekatan memupuk perpaduan dan meningkatkan patriotisme. Berikut merupakan modul yang digunapakai KECUALI(C2)

A         Kenegaraan
B         Jati  diri unggul
C         Khidmat komuniti
D         Pembinaan karakter










Peristiwa 13 Mei 1969
 



14.  Peristiwa tersebut telah menimbulkan satu titik hitam dalam sejarah negara kita. Selepas  kejadian ini, kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan satu pertubuhan untuk mengatasi masalah perpaduan kaum ini. Pertubuhan tersebut dikenali sebagai (C1)

A         Rukun Negara
B         PAKEMBAR
C         MAGERAN
D         Dasar Perpaduan Negara


15. Pelbagai strategi dilakukan untuk memupuk dan integrasi nasional di kalangan rakyat
      Malaysia. Antara usaha yang dijalankan ialah
(C3)

I           Kebudayaan
II         Rumah Terbuka
III        Perayaan
IV        Integrasi Wilayah

A         I dan II
B         II dan III
C         III dan IV
D         I dan IV


PS
à INI SAJA YANG MAMPU SAYA BUAT KERANA KEKANGAN MASA.. HARAP BOLEH DIGUNA PAKAI..

TERIMA KASIH..

MOHD KHAMSULDIN BIN ABDUL WAHAB
SEKSYEN 13

2 comments: